Wednesday, 21 November 2012

Cara mengisi permohonan cuti rehat melalui hrmis

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini aku nak kongsikan serba sedikit cara-cara atau langkah-langkah untuk memohon cuti mengunakan aplikasi hrmis. Kebetulan di pejabat ni baru diarahkan mengunakan hrmis untuk permohonan cuti, kawan-kawan sepejabat vang veteran mahupun yang muda pun meminta agar dapat mengajar mereka bagaimana untuk mengisi permohonan cuti rehat ini mengunakan hrmis. Jadi, terdetik pula aku nak buat entry cara-cara atau langkah-langkah untuk memohon cuti mengunakan aplikasi hrmis ini semoga dapat menjadi panduan kepada kakitangan awam.Sebenarnya aku pun masih baru berkenaan hrmis ini. cuma kena rajin explore dan belajar. Mari kita cuba.
-->

Seperti biasa, layari laman sesawang hrmis untuk kita log in. Biasanya ramai yang mengunakan alamat seperti di bawah.
http://hrmisone.eghrmis.gov.my/
http://zontimur.eghrmis.gov.my/
Isi ID Pengguna dan Kata Laluan

Bila dah berjaya log in, paparan utama seperti gambar di bawah akan keluar. Pilih Pengurusan Saraan Faedah & Ganjaran untuk langkah seterusnya.

Paparan PENGURUSAN SARAAN, FAEDAH DAN GANJARAN akan keluar di window berlainan dari paparan muka utama hrmis. Jadi, maximize kan lah paparan ini. Sila pilih Pengurusan Cuti yang berasa di bahadian kiri paparan.

Sila pilih Permohonan Cuti di paparan ini.
Sila pilih Pemohon Cuti di paparan ini.
Sila pilih katagori cuti dan jenis cuti. tekan anak panah di di tepi kotak pilihan itu.peringatan kalau ada tanda * ianya adalah wajib isi.
Untuk cuti rehat, Pilih Cuti Kerana Perkhidmatanpada ruangan Kategori Cuti* dan Cuti Rehat bagi Jenis Cuti*. Kemudian sila tekan teruskan.
Selepas tekan teruskan seperti gambar di atas, akan tertera papatan pemohonan cuti rehat di bawah butang teruskan tersebut, Sila isikan tarikh mula cuti hingga bila cuti berakhir. Sila rujuk gambar di bawah. Gunakan kalendar yang sedia ada seperti di anak panah 1 dan 2. Jangan lupa scroll ke bawah di anak panah 3 untuk isi butiran berikutnya.
.
Jumlah bilangan hari cuti akan tertera seperti di dalam bulatan gambar di bawah.
Apabila sudah siap isi butiran, sila tekan hantar untuk penyokong cuti.

Setelah tekan hantar, peti message hantar akan keluar, tekan hantar. Kemudian, tunggu peti message 'telah berjaya dihatar' dan seterusnya paparan nama penyokong cuti anda akan terpapar. Maka, berhasilah permohonan cuti rehat anda.Tekan keluar. Sekian, Terima kasih.

Sunday, 18 November 2012

Terbitnya mawarpedoman

Assalamualaikum & salam sejahtera. Hari ini terbitlah blog yang dinamakan mawarpedoman.blogspot.com. secara ringkasnya, mawar pedoman boleh dikatakan petunjuk arah yang digunakan untuk menunjukan arah-arah yang penting seperti utara,barat,timur selatan pada sebuah peta dan kompas. Lagi jelas, logo yang berada di Header blog ini ialah mawar pedoman.

Oleh itu, diharap, blog mawarpedoman ini dapat memberi sedikit sebanyak cara-cara dan kaedah-kaedah pelbagai perkara yang mungkin saya akan postkan pada  hari akan datang dan seterusnya menjadi rujukan anda.

Saya mengucapkan selamat melayari blog mawarpedoman ini. Sekian, terima kasih.